Hi guys, hari ini saya nak cerita pasai experience saya melancong Da Nang. Pada 8 June 2026, saya mengambil flight AirAsia return-trip (RM950) dari KLIA2 masa tengah hari dan sampai ke Da Nang International Airport kira-kira pukul 4 (sejam lewat jam Malaysia).
Bila dah sampai, pergi terus dari airport ke hotel. Antara perkara yang saya mendapati mengenai keadaan jalan raya di situ ialah pemakaian mask oleh semua penunggang motosikal, pemandu kereta di bahagian depan kiri, keadaan jalan raya yang sentiasa hon kenderaan. Setelah tiba ke hotel, ambik rehat sebentar selepas perjalanan yang panjang.

Malam Pertama di Da Nang ππ
Masa malam, saya bertolak ke 1 gerai makanan dan order 1 nasi goreng telur bewarna kuning. Rasanya dipenuhi dengan makanan laut, nanas, keutamaan diberikan lebih kepada manis dan masam, berbanding rasa pedas dan sambal seperti nasi goreng Malaysia kita. Harganya ialah 15,000 Vietnamese Dong (RM2). Perkara yang agak saya appreciate mengenai Vietnam ialah makanan dan barang di sini agak affordable dengan currency kita yang lebih tinggi, di mana Vietnamese Dong digunakan dalam nilai puluhan dan ratusan ribu (10000, 50000, 100000, 200000). Setelah habis makan, saya bertolak ke hotel sambil melihat kedai-kedai dihiasi dengan lampu cerah sepanjang jalan dan architecture design naga sekitar jalan.

(1 perkara yang saya nak highlight iaitu sepanjang berada di Da Nang, waktu siang dan malam sangat different dengan Malaysia. Walaupun baru pukul 5 pagi, matahari mula muncul. Tetapi menjelang sekitar 6:15 petang, matahari dah terbenam).
9 June 2026 – Banh Mi dan Ba Na Hills π―π
Anyways, pada keesokan pagi, saya pi jalan-jalan sekitar kawasan hotel saya. Saya menjumpai 1 gerai dan membeli sarapan pagi Vietnam (Banh Mi dan Lemon Tea). Banh Mi merupakan 1 sandwich tradisional yang dipengaruhi oleh zaman kolonisasi Perancis (tengah abad ke-19). Filling termasuk potongan pelbagai jenis daging, sayur jeruk, dan mentega. Rasa roti agak keras tetapi memang sedap. Harga 1 roti ialah 60,000 Dong (RM 9).

Once dah siap makan, saya melawat 1 gereja yang berhampiran sebelum bersedia bertolak ke destinasi utama Da Nang, Ba Na Hills. Bertolak dari 9am dan sampai ke situ pukul 10am. Harga tiket yang dibayar untuk Ba Na Hills ialah RM193. Setelah sampai Ba Na Hills, saya mengambil tiket dan beratur untuk pergi atas bukit. Dari atas kabel car, baru saya sedar betapa tingginya kawasan pergunungan Vietnam berbanding apa yang biasa kita lihat di Malaysia. Once dah reach atas lepas 30 minit, pemandangan bukit memang luar biasa. Kalau nak hurai simple, macam 1 French village, pemandangan gunung, dan permainan roller coaster.

Atas Ba Na Hills, saya mengambil set buffet dulu dengan pelbagai jenis lauk, kuah dan isi daging. Setelah makan, saya meluang masa selama 8 jam di atas. Attraction yang paling popular di situ ialah Dragon Bridge, dengan dua tangan batu yang memegang jambatan berbentuk S. Lepas dah mengambil kabel car ke bawah, kira-kira pukul 8, saya berjalan-jalan dalam sebuah market dan membeli sebuah gelang tangan sebanyak 80,000 Dong (RM12) lalu makan malam.

10 June 2026 – Greek Da Nang, Lady Buddha dan Da Nang mall πβΈπ¬
Bila bangun pagi, saya menjumpai satu kedai Tamil βCurry Leaf Indian Restaurantβ. Di situ, saya order satu Roti Canai dan Curry. Rasanya membawa saya ingatan makanan tempatan India Malaysia kita balik, tetapi ramuan masakan dan pekerja kedai ini diimport dari India.
Selepas kenyang, saya bertolak ke satu tempat Soβn Tra Marina. Tempat ini diinspirasi oleh Santorini di Greece, Eropah timur, dengan bangunan-bangunan yang dicat putih dan bumbung berkubah biru. Dalam bangunan, ada ruang untuk just jalan-jalan serta beberapa kedai kopi dan dapat menikmati air refreshing. Disebabkan tempat ni terletak tepi laut dan outdoor, memang suhunya panas.
(Just nak bagitau korang, bulan June hingga August, suhu di Da Nang boleh mencecah 36β38Β°C+, so lebih baik bawa air botol dan cermin mata bila melancong sini).

Lepas dah ronda-ronda marina tu, saya pi 1 tokong Lady Buddha. Tak buat banyak di situ kecuali menghayati pemandangan. Sejam di situ sebelum pulang ke hotel. Sebelum pulang ke hotel, saya stop di satu kedai untuk membeli coklat dan coffee untuk rakan-rakan dan keluarga di Malaysia. Pada masa 4 tengah hari, saya melawat 1 market di Vinh Trung plaza. Just jalan-jalan dan saya agak hairan melihat meja dan kerusi makan memenuhi laluan pejalan kaki dengan ruang yang agak sempit.

Habis tu, saya jalan kaki ke mall berdekatan yang ada, Vinh Trung Plaza. Di situ, saya makan nasi KFC dan harga 1 nasi dengan ayam, kacang dan mayonis hanya 38,000 Dong (RM6). Agak terkejut dengan harga sebab biasanya harga satu meal KFC di Malaysia mencecah RM12 – RM15. Lepas makan, saya ronda dalam mall tu sejam dan lepas tu, saya pulang ke hotel balik dan berjalan sekitar hotel untuk malam terakhir saya.
(Satu perkara yang saya perasan ialah agak susah untuk mencari makanan Halal berbanding di Malaysia. So kalau ada kawan2 kita yang Muslim dan nak melancong ke sini, better research dulu tempat makan sebelum datang).
11 June 2026 – Pulang Malaysia π¬π²πΎ
Pukul 9 pagi, saya membeli 1 Banh Mi berhampiran hotel dan terus pergi ke Airport. Saya pun mengucapkan (CαΊ£m Ζ‘n: terima kasih) kepada Driver yang membawa saya semua tempat 4 hari dan cost pun affordable secara jumlah (550,000 Dong = RM86).
Sampai di airport, saya pun mengambil boarding pass dan beratur selama sejam untuk check-in barang. Kira-kira pukul 12 tengah hari, plane mula bertolak dari Da Nang International Aiport. Dalam plane, saya jumpa 2 rakan Pakistani British tepi seat dan bercerita pasai pengalaman Da Nang masing-masing dengan berukar idea mengenai tempat-tempat yang boleh dilawati di Malaysia once bersentuh KLIA2.

Kira-kira 2 jam 50 minit, finally dah sampai KLIA2 masa 3:50pm Malaysia (2:50pm Vietnam). Lepas makan di KLIA2, pulang rumah terus. So, yang ni guys pengalaman saya di Da Nang. Harap korang semua enjoy baca dan akan membantu u guys untuk plan lebih baik kalau plan tempat ni. Kalau nak apa-apa info related dengan trip ini, boleh reach out melalui Comments section di bawah.
Kasih guys, till story yang seterusnya!
